Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Jurugambar, wartawan Mexico dibunuh

    BANDAR MEXICO, 18 JAN – Seorang jurugambar berita terbunuh di bandar sempadan Mexico, Tijuana kelmarin, pada hari yang sama kumpulan akhbar berkata seorang wartawan telah dibunuh di negeri pantai Teluk Veracruz minggu lalu.

    Kedua-dua pembunuhan itu menandakan permulaan suram untuk 2022 di Mexico, yang dianggap sebagai salah satu tempat paling berbahaya bagi wartawan di luar zon perang aktif.

    Jurugambar, Margarito Martinez terkenal kerana membuat liputan di tempat kejadian dalam Tijuana yang dilanda keganasan.

    Dia bekerja untuk saluran berita tempatan Cadena Noticias, serta untuk saluran media nasional dan antarabangsa yang lain. Wartawan Cadena Noticias, Antonio Maya berkata Martinez diserang ketika dia meninggalkan rumahnya.

    “Dia keluar dari rumahnya apabila mereka melepaskan tembakan ke arahnya,” kata Maya. Kelmarin, kumpulan akhbar mengatakan seorang wartawan Mexico yang mengkritik pihak berkuasa tempatan di negeri Veracruz meninggal dunia, beberapa hari selepas dia ditemui cedera parah.

    Jose Luis Gamboa adalah pengarah laman berita dalam talian Inforegio, di negeri pantai Teluk Veracruz.

    Kumpulan akhbar Reporters Without Borders menulis “Gamboa mengecam dan mengkritik sekeras-kerasnya hubungan antara pihak berkuasa tempatan dan jenayah terancang.” – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...