Jurujual rugi RM182,000 ditipu sindiket

ALOR SETAR, 11 JULAI – Seorang jurujual wanita berusia 24 tahun kerugian RM182,340 selepas dipercayai terpedaya dengan sindiket ‘Pinjaman Wang Tidak Wujud’ oleh sebuah syarikat yang menawarkan  pinjaman wang melalui aplikasi WhatsApp pada 2 Julai lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kedah Supt Annuar Amri Abd Muluf berkata wanita yang berasal dari Kuala Kedah dan bekerja di sebuah kedai telefon itu mendakwa menerima satu mesej daripada seorang lelaki melalui aplikasi WhatsApp.

“Individu tersebut memaklumkan bahawa dia merupakan seorang ejen pinjaman wang dari sebuah syarikat bernama ‘Agensi YMS’ dan syarikat tersebut menawarkan pinjaman berjumlah RM250,000 kepada mangsa yang ingin membuka sebuah kafe di Alor Setar. – Bernama