Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Jurulatih Argentina terlepas perlawanan dengan Chile

    BUENOS AIRES, 27 JAN – Jurulatih Lionel Scaloni akan terlepas perlawanan Argentina di kelayakan Piala Dunia yang akan menentang Chile selepas ujian positif COVID-19, katanya kepada wartawan kelmarin.

    Penolong jurulatihnya, Pablo Aimar juga akan tinggal di Argentina untuk perlawanan hari ini di Calama.

    “Pablo masih berada di kediamannya untuk beberapa hari kerana dia juga adalah kontak terdekat. Saya telah menghabiskan tempoh kuarantin beberapa hari lalu tetapi saya diuji positif dan untuk memasuki Chile, awda mesti mendapat ujian negatif,” kata Scaloni dalam sidang media secara video.

    Argentina juga akan beraksi tanpa kelibat pemain tengah, Alexis Mac Allister dari pasukan Brighton dan pemain dari Aston Villa, Emiliano Buendia selepas kedua-dua rakan sebilik mereka telah diuji positif.

    “Salah seorang daripada mereka berdua sepatutnya bermain,” kata Scaloni.

    Kakitangan bilik persalinan, Walter Samuel dan Roberto Ayala akan mengambil alih dalam kendalian pasukan tersebut pada hari ini.

    Argentina, bersama-sama pasukan Brazil, sudah layak ke Piala Dunia di Qatar yang akan berlangsung pada bulan November, walaupun mereka ma-sih mempunyai lima perlawanan yang akan dimainkan. – AFP

    Scaloni diuji positif COVID-19 dan tidak akan ke Chile untuk perlawanan pasukannya. Dia akan digantikan oleh penolongnya, Walter Samuel. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...