Jurulatih Bologna disahkan positif

ROM, 23 OGOS – Jurulatih Bologna, Sinisa Mihajlovic, yang telah menjalani rawatan leukemia sejak tahun lalu, disahkan positif COVID-19 dan berada dalam keadaan pengasingan, kelab Serie A mengumumkan hari ini.

“Jurulatih Serbia itu tidak mempunyai sebarang simptom,” kata kelab itu di laman webnya. “Ketika dia kembali ke Bologna pada Jumaat lalu, dia menjalani ujian COVID-19 dengan hasil positif.”

Bologna akan memulakan latihan pra-musim esok, tetapi mengikut protokol bola sepak Itali, jurulatih berusia 51 tahun itu, yang kontraknya baharu saja dilanjutkan untuk satu tahun lagi hingga 2023, perlu dikuarantin selama dua minggu.

Semua skuad dan kakitangan juga mesti menjalani ujian esok. Ketika pemain dan kakitangan kembali dari cuti yang singkat, ujian telah menunjukkan kes di beberapa kelab, semuanya tidak mempunyai simptom. Ini termasuk empat pemain Filip Bradaric, Luca Ceppitelli, Alberto Cerri dan Kiril Despodov di Cagliari, Sardinia. – AFP