Thursday, April 24, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jurulatih Iraq tanpa suara beri inspirasi

    BAGHDAD – Kadhim Flayeh mengetuk tiga jari pada jam tangannya. Ia adalah tanda untuk sepak mula: salah seorang jurulatih bola sepak terkemuka Iraq yang telah kehilangan suaranya. Kanser memaksa bahagian larinks jurulatih berusia 57 tahun itu dikeluarkan pada tahun lepas, tetapi itu tidak menghalang beliau untuk melatih pasukan Kelab Tentera Udara remaja Baghdad.

    Kadang-kadang dia berkomunikasi menggunakan elektro-larinks, sebuah peranti kecil yang mengeluarkan getaran dan menghasilkan suara sintetik. Apabila beliau kurang senang menggunakannya, beliau akan menulis di kertas, membiarkan pembantunya membacakan arahannya.

    “Kadang-kadang pandangan wajah sudah cukup memadai dengan apa yang saya ingin katakan,” katanya. Akan tetapi semasa berada di padang, isyarat tangan adalah kunci utama.

    “Saya menggunakan bahasa isyarat untuk memberitahu pemain apa yang perlu ditumpukan semasa latihan dan perlawanan,” katanya.

    “Perkara utama yang perlu saya beritahu kepada pemain adalah untuk tidak membantah pengadil. Apabila saya mengangkat empat jari saya pada satu tangan, ia bermakna mereka perlu memberi tekanan kepada pihak lawan – mereka memahaminya dengan baik.”

    Media tempatan memanggil beliau sebagai ‘bintang pengakap’, suatu nama yang diperolehi melalui pemain-pemain terkemuka bola sepak Iraq yang pernah dibimbingnya.
    Media tempatan memanggil beliau sebagai ‘bintang pengakap’, suatu nama yang diperolehi melalui pemain-pemain terkemuka bola sepak Iraq yang pernah dibimbingnya.

    Sepanjang sesi latihan dan perlawanan, beliau mengeluarkan arahan dengan tangannya, satu isyarat dengan satu isyarat yang lain. Apabila tangannya terbuka luas, para pemain akan bertebaran di padang. Dia mengurangkan jurang dan mengamalkan pembentukan yang lebih padu.

    Dia mengangkat dua jarinya pada satu tangan dengan satu tangan yang lain: dua lawan satu, pemain mengawal pasukan lawan mereka. Melatih pasukan Kelab Tentera Udara remaja Baghdad sejak tahun 1998, Flayeh telah menjadi salah seorang daripada jurulatih yang paling popular di Iraq.

    Media tempatan memanggilnya sebagai ‘bintang pengakap’, suatu nama yang diperolehi melalui pemain-pemain terkemuka bola sepak Iraq yang pernah dibimbingnya.

    Tetapi itu tidak menghalang kelab tersebut dari menghadapi krisis kewangan.

    “Para pemain terus meneruskan latihan mereka tanpa mendapat bayaran dan saya belum menerima gaji saya (kira-kira $400, 380 euro) selama dua bulan kerana keadaan kewangan kelab itu,” katanya.

    Tahun lalu dia terpaksa menjual keretanya dan beberapa barang peribadi untuk membiayai operasi laringektomi beliau di Beirut.

    Untuk memulihkan suaranya, dia memerlukan AS$50,000 (47,000 euro) untuk operasinya di Jerman – tetapi dia berkata bahawa ia adalah di luar kemampuannya.

    Bekas pemainnya telah melancarkan kempen untuk mengumpul dana bagi membantu membiayai operasi beliau. Setakat ini mereka berjaya mengumpul AS$3,500.
    Bekas pemainnya telah melancarkan kempen untuk mengumpul dana bagi membantu membiayai operasi beliau. Setakat ini mereka berjaya mengumpul AS$3,500.
    Kadhim Flayeh, salah seorang jurulatih bola sepak terkemuka Iraq telah kehilangan suaranya.
    Kadhim Flayeh, salah seorang jurulatih bola sepak terkemuka Iraq telah kehilangan suaranya.

    Bekas pemainnya telah melancarkan kempen untuk mengumpul dana bagi membantu membiayai operasinya. Setakat ini mereka berjaya mengumpulkan AS$3,500. Akan tetapi para pemain berkata masalah kewangan yang dihadapi oleh kelab itu dan juga penyakit Flayeh telah mengukuhkan hubungan antara rekrut muda dan jurulatih mereka.

    Pasukan remajaKelab Tentera Udara, yang memenangi kejohanan tempatan pada musim ini, adalah sebuah latihan awal bagi kebanyakan pemain yang beralih ke pasukan pertama kelab itu, yang memenangi Piala Konfederasi Bola Sepak Asia pada tahun 2016. Pemain memanggil beliau sebagai ‘pencetus inspirasi’.

    “Kami tidak mempunyai kesukaran untuk memenuhi kehendaknya, sebaliknya kami memahami isyaratnya dengan cepat,” kata Sadiq Binwan, yang berusia 17 tahun dalam pasukan itu.

    “Kami gembira apabila dia mengangkat kedua-dua tangannya – ia bermakna beliau berpuas hati dengan usaha kami,” katanya.

    “Kesabaran jurulatih kami dengan masalah kesihatannya dan kesungguhan beliau telah meningkatkan keazaman kami, dan ia juga membuatkan kita untuk terus berusaha dalam menangani segala rintangan yang dihadapi oleh pasukan.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda