MILAN, 3 Okt – Jurulatih Giampiero Ventura berkata ‘mungkin satu bencana’ jika Itali yang dibelenggu kecederaan gagal layak ke Piala Dunia 2018 dengan aksi kelayakan utama semakin hampir menentang Macedonia dan Albania.
Itali dilihat bersedia untuk melalui persaingan play-off memandangkan mereka berada di tangga kedua dalam Kumpulan G di belakang Sepanyol sebelum pertembungan menentang Macedonia di Turin Jumaat ini disusuli kunjungan ke Albania tiga hari berikutnya.
“Saya menyatakan ia adalah satu bencana,” Ventura memberitahu sidang akhbar di kem latihan pasukan itu di Coverciano di luar Florence apabila ditanya mengenai kemungkinan tidak akan beraksi dalam perlawanan di Rusia nanti.
Juara dunia sebanyak empat kali itu hanya memerlukan satu mata dari dua perlawanan untuk menyelamatkan tangga kedua dalam kumpulan dan menempah tempat ke persaingan play-off.
Tetapi Azzurri boleh melakukannya dengan mata maksimum untuk meningkatkan kedudukan mereka dalam ranking dunia (mereka pada masa ini berada di tangga ke-17) dan memastikan mereka layak menyertai undian play-off bulan depan.


“Saya tidak memikirkan mengenai persaingan play-off, kami perlu memikirkan dua perlawanan seterusnya dan kemudian berdasarkan siapa yang akan kami saingi, kami akan mempertimbangkannya,’ kata Ventura.
Ventura mengesahkan kapten pasukan Roma Daniele De Rossi tidak beraksi menentang Macedonia kerana kecederaan lutut dengan midfield Inter Milan Roberto Gagliardini dihubungi untuk menggantikan tempatnya.
Lorenzo Pellegrini, Marco Verratti dan Andrea Belotti sudah direhatkan dengan masalah keyakinan.
Bryan Cristante dari Atalanta, yang menjaringkan gol penyamaan saeri 2-2 menentang Juventus pada Ahad lalu, menerima panggilan pertamanya bagi pasukan kebangsaan.
Itali menghadapi Macedonia pada 6 Oktober dan kemudian membuat perjalanan ke Albania bagi pertembungan 9 Oktober yang mana adalah persaingan ke-800 antarabangsa negara itu, dan yang pertama mereka di tanah Albania. – AFP