Wednesday, April 24, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Jurulatih judo humban murid sehingga mati dipenjara 9 tahun

    TAIPEI, 29 JUN – Seorang jurulatih judo Taiwan, yang membunuh anak muridnya berusia tujuh tahun selepas berulang kali menghumban mangsa ke lantai, hari ini telah dijatuhkan hukuman penjara selama sembilan tahun, namun ibu bapa mangsa meminta untuk mengenakan hukuman yang lebih berat.

    Kanak-kanak itu, yang hanya dikenali dengan nama keluarga Huang, dikejarkan ke hospital di tengah bandar Taichung pada April tahun lalu selepas dia dilaporkan dihumban 27 kali oleh jurulatihnya, Ho Tsung-le.

    Mangsa berada dalam keadaan koma selama 70 hari dengan pendarahan otak dan mengalami masalah pernafasan serta beberapa kegagalan organ sebelum ibu bapanya memutuskan untuk menanggalkan alat bantuan pernafasan.

    Mahkamah daerah Taichung hari ini menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun, dan berkata Ho memaksa kanak-kanak itu mematuhi arahannya dan ‘mengabaikan kemungkinan bahawa arahan itu boleh membawa kepada berlakunya kematian’.

    Namun ibu bapa mangsa berikrar untuk mengemukakan rayuan kepada ‘hukuman ringan’ dan berkata jurulatih itu tidak menunjukkan sebarang rasa kesal.

    “Saya merasakan ia terlalu ringan, ia sepatutnya hukuman mati. Kelakuannya sangat teruk.

    “Dia tidak mengakui sebarang salah laku dan menyalahkan anak kami,” kata bapa mangsa kepada pemberita. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...