Saturday, January 18, 2025
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jurulatih NZ ‘cuti khas’

    WELLINGTON, 20 Jun – Jurulatih bola sepak wanita New Zealand, Andreas Heraf diberikan ‘cuti khas’ hari ini di mana pihak berkuasa melakukan siasatan ke atas pengurusan pasukannya tersebut selepas pemain bertindak untuk memberontak.

    Susulan aduan daripada para pemain, Bola Sepak New Zealand (NZF) telah melantik penyiasat bebas untuk mengkaji semula ‘suasana’ pasukan kebangsaan yang dikenali sebagai Football Ferns.

    Ia berlaku apabila ketua eksekutif NZF, Andy Martin mendedahkan semasa sidang media bahawa 13 pemain memutuskan untuk tidak mahu bermain di bawah jurulatih dari Austria itu.

    “Kami ambil kira kebajikan pemain dan ia merupakan antara yang paling penting dan ini adalah sebab utama kami melakukan penilaian mendalam dan bebas,” kata presiden NZF, Deryck Shaw.

    “Tiada tempat untuk perbuatan salah laku di dalam NZF.”

    Shaw menyatakan rasa kecewanya dan berterima kasih kepada para pemain yang tampil ke hadapan untuk mengadu secara rasmi. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda