Monday, March 17, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jurulatih: Terkenal sahaja tidak cukup

    SHANGHAI, 25 Sept – Carlos Tevez (gambar) tidak boleh menjangka akan beraksi dalam setiap perlawanan bagi pasukan Shanghai Shenhua hanya kerana namanya yang terkenal, pasukan China itu memberi amaran hari ini, dalam satu lagi status terkini dalam pergolakannya bersama kelab tersebut.

    Pemain dari Argentina itu, di antara penerima bayaran tertinggi dalam bola sepak yang dilaporkan beernilai AS$850,000 seminggu, melalui sembilan bulan yang sukar di China dan sekali lagi tidak beraksi pada hujung minggu.

    Jurulatih baru Shanghai, Wu Jingui awal bulan berkata pemain berusia 33 tahun itu mempunyai berat badan yang berlebihan dan tidak beraksi lagi sehingga dia cergas, hanya memasukkannya sebagai pemain gantian bagi perlawanan di Shanghai SIPG beberapa hari kemudian.

    Tevez menjaringkan gol ketiganya dalam Chinese Super League (CSL) musim ini, tetapi SIPG membenam Shenhua 6-1.

    Dia kembali ke bangku simpanan dalam perlawanan seterusnya tetapi pada Sabtu lalu dia tidak dilibatkan sama sekali dalam kemenangan 3-1 di gelanggang sendiri ke atas Guangzhou R&F.

    Ia mencetuskan kedudukan terbaru mengenai masa depan Tevez di China, di mana dia gagal untuk menyelesaikannya di luar padang dan tidak beraksi setengah dari musim.

    Jurucakap Shanghai Shenhua, Ma Yue hari ini mengkritik laporan media yang menggambarkan Tevez dan Wu, yang menggantikan Gus Poyet apabila pengurus dari Uruguay itu berhenti dua minggu lalu, mula berbalah dan menyatakan bahawa perhubungan di antara keduanya ‘dalam keadaan baik’.

    Tevez “seharusnya sudah menyedari, dengan jelas, bahawa dia tidak dijamin untuk dilibatkan dalam barisan utama hanya berdasarkan kemasyhurannya,” tulis Ma dalam Weibo, yang sama dengan Twitter.

    Ma berkata pemain itu telah mendapatkan jurulatih kecergasan peribadi dari Argentina untuk membantunya kembali cergas dan melakukan sesi latihan tambahan setiap hari.

    Musim CSL berakhir pada November dan Tevez memberikan bayangan dia mahu kembali ke Argentina dan Boca. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda