Monday, November 28, 2022
23.1 C
Brunei

-

Jurulatih Turki letak jawatan

ANKARA, 27 Julai – Juruliath pasukan kebangsaan Turki Fatih Terim semalam meletak jawatan, kata persekutuan bola sepak negara itu, kurang dua minggu selepas dia dilaporkan terlibat dalam pergaduhan di sebuah restoran kebab.

“Keputusan itu diambil sebagai jalan terbaik bagi kedua-dua pihak untuk membawa haluan sendiri,” kata Presiden Persekutuan Bola Sepak Turki (TFF) Yildirim Demiroren sambil menambah keputusan tersebut hasil ‘persetujuan kedua-duanya’.

TFF dalam satu kenyataan menerusi laman sesawangnya berkata bahawa persekutuan dan Terim terjejas akibat laporan media mengenai insiden ‘bukan bola sepak’.

Peletakan jawatan itu dibuat selepas beberapa imej dalam media sosial awal bulan ini menunjukkan Terim didakwa terlibat dalam satu pergaduhan di kejiranan rumah anak menantu lelakinya di sebuah restoran kebab di Aegean, wilayah Izmir.

Media setempat melaporkan perbalahan itu berkaitan dengan persaingan perniagaan dan Terim mempertahankan tindakannya sambil berkata: “Saya pergi menyelesaikan isu tersebut, bukan untuk bergaduh.”

Lima lelaki cedera dalam pergaduhan yang melibatkan dua daripada anak menantu lelakinya dan dua pengawal keselamatan, media Turki melaporkan.

Pengurus berusia 63 tahun itu adalah tokoh penting dalam bola sepak Turki dan menjadi jurulatih kebangsaan sejak Ogos 2013 untuk kendalian ketiganya membimbing pasukan kebangsaan. Sebelum ini beliau mengemudikan pasukan kebangsaan pada 1993 dan 2005.

Terim merupakan pemain pertahanan berbakat yang beraksi bagi pasukan kebangsaan Turki selama 10 tahun bermula dari 1975 hingga 1985. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Selatan lancar bas pandu sendiri

SEOUL, 25 NOV – Ibu negara Korea Selatan melancarkan laluan bas pandu sendiri pertama hari ini, sebahagian daripada uji kaji yang dikatakan jurutera berhasrat...
- Advertisment -