Jurulatih Williams, Nadal rancang perlawanan

PARIS, 19 APRIL Jurulatih pemain Rafael Nadal dan Serena Williams, Patrik Mouratoglou mengumumkan rancangan kelmarin untuk mengadakan perlawanan di akademi tenis mereka.

Dengan profesional tenis telah digantungkan sehingga sekurang-kurangnya 13 Julai, kedua-dua akademi berkata mereka sedang mengkaji kemungkinan untuk mengadakan dan menyiarkan perlawanan supaya peminat boleh menyaksikan dari jauh.

Dengan akademi Rafael Nadal, yang terletak di pulau Mallorca di Sepanyol, berkata menerusi laman web bahawa ia dalam perbincangan dengan ATP dalam bagaimana untuk meneruskannya, Mouratoglou mengeluarkan kenyataan mendedahkan merancang ‘liga’ untuk 50 perlawanan di akademi mereka berhampiran Nice di selatan Perancis dan menyebut hadiah utama sebanyak ‘jutaan dolar Amerika’.

Ia berkata idea tersebut disuarakan oleh Nadal dan akademi telah membuat perbincangan bersama pengerusi ATP, Anrea Gaudenzi. “Ketika ini tenis berada di kedudukan kedua dan perkara yang paling penting adalah kesihatan semua orang, tetapi jika dalam beberapa bulan yang akan datang, akademi ini boleh digunakan untuk membantu pemain profesional lain, saya akan berbesar hati jika mereka boleh datang untuk berlatih dan untuk bertanding,” kata Nadal.

“Saya rasa pertandingan sesama sendiri akan membantu kita untuk mengekalkan permainan kita apabila jelajah disambung semula.” Akademi itu telah menjadi tuan rumah bagi kejohanan Cabaran Jelajah, Terbuka Rafael Nadal, dana kejohanan bawahan dan kanak-kanak.

Kenyataan dari Mourayoglou berkata dia merancang 10 perlawanan dalam pintu tertutup untuk disiarkan secara langsung di akademi bagi setiap lima kali hujung minggu kejuaraan ‘Persembahan Tenis Unggul’. Kejohanan akan diadakan pada hujung minggu pada 16 Mei dengan perlawanan antara pemain nombor 10 dunia, David Goffin dan pemain kelahiran Australia, Alexei Popyrin, yang berlatih di akademi tersebut dan ayahnya dikatakan orang yang menyuarakan idea tersebut. – AFP