Jururawat bunuh lapan warga emas ditahan

ROM, 16 JUN – Polis Itali semalam menahan seorang jururawat yang disyaki membunuh lapan pesakit warga emas dalam tempoh dua tahun di rumah penjagaan di mana dia bekerja, lapor media berita.

Pendakwa awam melancarkan siasatan pada September 2018 selepas beberapa siri kematian yang mencurigakan di rumah penjagaan, akhirnya berjaya mengesan kes kepada seorang jururawat yang digaji di rumah berkenaan.

Pendakwa mendakwa suspek, 57 tahun, menyuntik pesakit dengan dos ubat yang tinggi di antara Januari 2017 dan Februari 2019. – AFP