Jururawat dedah doktor lakukan kecuaian

SAN ISIDRO, 17 JUN – Seorang peguam bagi jururawat yang disiasat berkaitan dengan kematian legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona berkata bahawa doktor yang membunuhnya kerana kecuaian.

“Mereka membunuh Diego,” pihak peguam, Rodolfo Baque memberitahu wartawan selepas kliennya, Dahiana Giesela Madrid, seorang jururawat ditanya oleh pendakwa raya. Kematian Maradona akibat serangan jantung November lalu pada usia 60 tahun, selepas beberapa minggu menjalani pembedahan otak akibat pembekuan darah.

Madrid, 36, salah seorang dari tujuh yang disiasat kerana pembunuhan selepas sekumpulan pakar menyiasat kematian Maradona dan menemui dia menerima penjagaan yang kurang dan ditinggalkan bersendirian ‘dalam tempoh yang panjang dan menderita.”

Baque menegaskan bahawa doktor yang merawat Maradona ketika dia kembali pulih dari pembedahan otak, bukan kliennya, yang dipersalahkan atas kematian legenda bola sepak itu. Dia berkata Maradona dirawat kerana masalah jantung tetapi pada masa yang sama rawatan psikiatri telah mempercepatkan kadar denyutan jantungnya.

Maradona turut terjatuh di hospital dan apabila Madrid ditanya untuk membuat imbasan CAT ke atasnya, seorang pembantu kepada Maradona menolak, dengan mengatakan jika pihak media mengetahui mengenai perkara ini ia akan kelihatan lebih teruk, jelas Baque. – AFP

Madrid berkata Diego Maradona meninggal dunia akibat kecuaian doktor semasa pembedahan otak yang dijalankan November lalu. – AFP