Thursday, February 9, 2023
26.1 C
Brunei

-

Jururawat ‘manang’ $15,000

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JAN – Tuah menyebelahi Dayang Siti Rasidah binti Haji Abu Bakar apabila kotak yang berada di hadapannya berisi hadiah utama iaitu wang tunai $15,000 pada majlis penyampaian hadiah akhir kempen Sanang2 Manang, hari ini.

Majlis berlangsung di Ruang, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan), di sini.

Dayang Siti Rasidah yang bertugas sebagai seorang jururawat dan merupakan pelanggan setia bagi produk-produk takaful yang ditawarkan oleh Takaful Brunei, melahirkan perasaan syukur kerana berpeluang untuk membawa pulang hadiah bagi cabutan berkenaan.

Sementara itu, Awang Handrie bin Amin membawa pulang hadiah kedua berupa wang tunai $6,000 dan Awang Abdul Wahab bin Haji Bakar memenangi hadiah ketiga berupa wang tunai $2,000.

Manakala itu, enam pemenang bertuah lain membawa pulang wang tunai $1,000 setiap seorang.

Hadir untuk menyempurnakan cabutan bagi pemenang ketiga hingga ke-10 serta menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah.

Turut hadir ialah Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Brunei, Haji Shahrildin bin Pehin Orang Kaya Lela Utama Dato Paduka Haji Jaya.

Promosi berkenaan adalah bagi mereka yang menyertai produk-produk Takaful Brunei Am Sdn Bhd (TBA) dan Takaful Brunei Keluarga Sdn Bhd (TBK) menggunakan aplikasi mudah alih Takaful Brunei serta bagi penyertaan atau pembaharuan dalam Motor Takaful TBA melalui Pusat Panggilan TBA sepanjang tahun lalu.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew (dua kanan) dan Haji Shahrildin (dua kiri) bergambar ramai bersama Awang Handrie (kiri) dan Dayang Siti Rasidah semasa penyampaian hadiah terakhir kempen Sanang2 Manang yang berlangsung di Ruang, Kompleks Yayasan, kelmarin.
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Kim Jong Un bawa anak perempuan lawat markas tentera

SEOUL, KOREA SELATAN, 8 FEB - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un membawa anak perempuannya melawat kem tentera bagi menandakan ulang tahun ke-75 penubuhan...
- Advertisment -