Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Jururawat UK rancang mogok terbesar

    LONDON, 7 NOV – Lebih 300,000 jururawat di seluruh United Kingdom (UK) memutuskan untuk mengadakan mogok secara besar-besaran berhubung isu pembayaran gaji.

    Mogok yang membabitkan ahli Royal College Nursing (RCN) itu adalah yang terbesar dalam tempoh 106 tahun penubuhan kesatuan berkenaan.

    Agensi berita PA melaporkan, mogok terbesar itu dijangka diadakan sebelum sambutan Krismas pada tahun ini.

    Sejak beberapa tahun lalu, RCN aktif memperjuangkan tuntutan kenaikan gaji bagi jururawat iaitu sebanyak lima peratus berikutan inflasi yang semakin meningkat di negara itu.

    Selain soal gaji, mogok berkenaan juga dijangka mengetengahkan isu operasi dan temu janji membabitkan pesakit, yang tertangguh susulan pandemik COVID sebelum ini.

    “Mogok kami akan membawa semua isu berkaitan pesakit dan semua masalah yang perlu ditanggung jururawat. Dalam hal ini, kami saling menyokong antara satu sama lain,” menurut setiausaha RCN, Pat Cullen.

    Dalam pada itu, satu lagi sumber RCN memaklumkan kepada media tempatan, mogok berkenaan bakal menyaksikan semua perkhidmatan utama terjejas dan semua jururawat ‘bersatu hati’ untuk menjayakan mogok itu.

    Tindakan itu secara tidak langsung menyaksikan Perdana Menteri Britain yang baharu, Rishi Sunak, berdepan satu lagi cabaran ketika beliau dan Menteri Kewangan, Jeremy Hunt, berusaha keras untuk mengisi kelompangan dana 50 bilion pound dalam kewangan kerajaan.

    Sejumlah analisis sebelum ini menunjukkan gaji jururawat berpengalaman jatuh sehingga 20 peratus sejak 2010, selain RCN mendakwa golongan itu sering ‘dieksploitasi’ oleh kerajaan UK. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...