Juruteknik pesawat mati terhimpit

KOLKATA, 10 JULAI – Seorang juruteknik pelatih di India dihimpit hingga mati hari ini oleh penutup gear pendaratan di sebuah pesawat udara ketika menjalani kerja-kerja penyelenggaraan, kata syarikat penerbangan Spice Jet.

“Secara tidak sengaja, pintu hidraulik gear pendaratan utama tertutup dan beliau tersepit di antara penutup pintu hidraulik,” kata SpiceJet selepas kejadian itu di lapangan terbang Kolkata di timur India.

“Pintu hidraulik dipecahkan untuk menyelamat Rohit Pandey namun beliau disahkan mati,” kata syarikat penerbangan. “Seluruh keluarga SpiceJet bersedih atas kejadian malang ini.”

Pengarah lapangan terbang Kaushik Bhattacharya berkata Pandey, 26, “disedut ke bahagian bawah pesawat udara disebabkan tekanan hidraulik. Mayatnya terpaksa dipotong untuk mengeluarkannya.”

Pesawat udara adalah jenis Bombadier Q400 Kanada. – AFP