Juruteknik tembak mati tiga lelaki di stesen radio Thailand

BANGKOK, 27 MEI – Seorang juruteknik menembak mati dua lelaki rakan sekerja di sebuah stesen radio kerajaan, dan pengarahnya serta mencederakan seorang lagi di utara Thailand hari ini.

Dalam kejadian pukul 11 pagi (waktu tempatan), lelaki berusia 58 tahun bersenjatakan pistol dengan kaliber peluru 9mm dan .38, menembak mati Pengarah Stesen Radio Phitsanulok dan dua juruelektrik kanan.

Seorang lagi juruteknik penghantaran cedera di dalam kejadian itu.

Seorang pegawai penyiasat polis di Phitsanulok yang enggan dikenali memberitahu lelaki bersenjata itu disyaki telah bertengkar dengan rakan sekerjanya sebelum kejadian.

Beliau berkata suspek kemudian pulang ke rumah dan kembali bersama dua pucuk pistol dan sebilah pisau.

“Dia (suspek) menembak mati mangsa dan menanti ketibaan polis. Polis sedang berusaha untuk mencari motif di sebalik kejadian tembak itu,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau menambah suspek kelihatan tenang semasa memberi kenyataan di balai polis. – Bernama