Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Jurutera bina kubur untuk Internet Explorer

    SEOUL, 17 JUN – Seorang jurutera Korea Selatan membina sebuah kubur khas untuk Internet Explorer (IE) – gambar-gambar kubur itu kemudian tular dengan pantas – dan memberitahu AFP bahawa pelayar web itu telah menjadikan hidupnya sengsara.

    Korea Selatan, salah sebuah negara yang mempunyai kesambungan Internet terpantas di dunia, sebahagian besarnya masih menggunakan IE yang dimiliki oleh Microsoft, dan syarikat itu telah menghentikan perkhidmatan IE awal minggu ini selepas 27 tahun.

    Sebagai tanda penghargaan ‘kematian’ pelayar web itu, sebuah kubur yang tertera logo ‘e’ telah dibina di bahagian bumbung sebuah kafe di bandar selatan Gyeongju, Korea Selatan oleh seorang jurutera bernama Kiyoung Jung, 38. “Ia adalah alat yang bagus untuk memuat turun pelayar web lainnya,” menurut inskripsi yang ditulis pada kubur itu.

    Gambar-gambar jenaka dihasilkan Jung tular dengan pantas, dengan meraih puluhan ribu tanda suka di laman media sosial Reddit. Sebelum ini pernah mendominasi di seluruh dunia, namun IE semakin dikecam sejak beberapa tahun kebelakangan kerana masalah perlahan dan glic.

    Tetapi di Korea Selatan, IE telah digunakan untuk perbankan dan pembelian dalam talian dan sehingga 2014, aktiviti dalam talian seumpamanya memerlukan untuk menggunakan ActiveX – perisian yang dihasilkan oleh Microsoft. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...