Juruterbang bantu perangi wabak COVID-19

PRAGUE, 10 APRIL – Hampir 400 juruterbang Czech telah menawarkan untuk membawa bekalan perubatan ke seluruh negara kepada pekerja penjagaan kesihatan yang bergelut dengan kekurangan dalam usaha memerangi pandemik COVID-19.

Inisiatif ‘The Pilots to People’ yang dilancarkan di Facebook pada akhir Mac menggunakan pesawat udara ringan untuk menghantar topeng muka dan bekalan perubatan lain yang diperlukan oleh mereka dengan secepat mungkin.

Memunggah kotak yang mengandungi topeng muka di lapangan terbang Prague-Letnany pada pagi Khamis, juruterbang profesional Martin Zman sedang bersedia untuk berlepas ke bandar Brno, 190 kilometer dari tenggara ibu negara Pague.

“Saya mendaftarkan diri beberapa hari lalu selepas inisiatif tersebut dilancarkan,” beritahunya kepada AFP, sebelum penerbangan selama sejam itu.

“Saya fikir semua orang harus menyumbang dalam masa yang sukar ini dan juruterbang tahu bagaimana membawa kapal terbang, maka kami harus membantu dalam cara ini.”

Anggota EU dengan po-pulasi 10.7 juta penduduk, Republik Czech telah mencatat 5,467 kes yang disahkan dan 112 kematian sehingga petang semalam. – AFP

Juruterbang Martin Zeman memunggah kotak berisi topeng muka ke dalam kapal terbang di lapangan terbang Prague-Letnany di Prague pada 9 April.