Juruterbang didakwa bunuh isteri

ATHENS, 18 JUN – Polis menahan seorang juruterbang helikopter Greece yang mendakwa isterinya, seorang warga Britain, dibunuh semasa rompakan di rumah pasangan tersebut di luar Athens.

Polis menahan Babis Anagnostopoulos, 33, lewat kelmarin didakwa membunuh Caroline Crouch, 20 pada 11 Mei, yang meninggal dunia akibat dicekik. Dia secara terbuka mendakwa bahawa perompak memecah masuk ke kediaman mereka dan mengikat serta mencederakan mereka di bilik tidur.

Anak damit pasangan itu ditemui tanpa sebarang kecederaan, menurut pihak berkuasa. Nikos Rigas, timbalan pengerusi persekutuan pegawai polis Athens berkata bahawa pemeriksaan ke atas telefon bimbit, jam pintar dan kamera yang menunjukkan waktu kejadian tidak konsisten dengan dakwaan juruterbang tersebut.

“Suspek cuba membuatkan keadaan sekitar seperti tempat jenayah yang dapat dilihat sangat meyakinkan, dengan anjing turut dibunuh dan anak damit diletakkan bersebelahan dengan mayat ibunya,” kata Rigas. – AP