Tuesday, April 29, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Juruterbang mogok 116 penerbangan dibatalkan

    BOGOTA, 21 Sept – Syarikat penerbangan Colombia Avianca Airlines terpaksa membatalkan 116 penerbangan domestik kelmarin selepas separuh juruterbangnya mengadakan mogok.

    Naib Presiden Operasi dan Keselamatan Avianca Eduardo Mendoza berkata pada sidang akhbar, pembatalan itu menyebabkan seramai 9,510 penumpang terjejas. Mogok dianjurkan pada Jumaat oleh Acdac, sebuah kesatuan yang mewakili juruterbang.

    Selain menuntut kenaikan gaji dan waktu bekerja lebih singkat, peserta mogok mahu aspek keselamatan di lapangan terbang Colombia ditingkatkan, kata Acdac. Mendoza berkata, hanya 111 penerbangan dapat dikendalikan kelmarin oleh juruterbang yang tidak menyertai mogok.

    Menurut syarikat penerbangan, mogok itu menyebabkan syarikat kerugian hampir AS$2 juta sehari. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda