Juruterbang punca penularan virus Taiwan

TAIPEI, 22 DIS – Taiwan melaporkan penularan koronavirus tempatan pertama hari ini, menyalahkan seorang juruterbang asing kerana menamatkan tempoh 253 hari tanpa jangkitan virus.

Pihak berkuasa kesihatan berkata seorang wanita dalam umur 30an telah diuji positif selepas mempunyai kontak dengan juruterbang, warga New Zealand yang bekerja untuk syarikat penerbangan Taiwan. Menteri Kesihatan Chen Shih-chung berkata juruterbang itu gagal ‘mengisytiharkan’ kontak dan aktivitinya kepada pihak berkuasa sebaik sahaja dia disahkan sebagai pembawa.

Pihak berkuasa juruterbang itu, yang berdepan denda sehingga NT$300,000 – mengunjungi beberapa tempat termasuk sebuah gedung membeli-belah.

Jangkitan itu memberikan tamparan kepada pulau yang telah dipuji atas responsnya terhadap pandemik, setelah mencatat 770 kes koronavirus dan tujuh kematian selepas ia menutup sempadannya awal dan melaksanakan peraturan kuarantin ketat.

Sejak 12 April, semua kes positif telah datang daripada sejumlah kecil penduduk tempatan yang pulang ke pulau dan juga di kalangan beberapa warga asing dan pekerja migran yang dibenarkan masuk atas tujuan perniagaan.

Kebanyakan ketibaan terpaksa menjalani kuarantin selama dua minggu dan mesti diuji negatif, langkah mengelak mana-mana pembawa virus kepada komuniti tempatan. – AFP