Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Juruterbang tunjuk perasaan, tuntut kenaikan gaji

    FARNKFURT, 6 SEPT – Juruterbang syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa akan mengadakan protes lagi pada minggu ini, menurut kesatuan Cockpit hari ini dalam usahanya menuntut kenaikan pembayaran gaji.

    Juruterbang Lufthansa akan mengadakan tunjuk perasaan malam ini tepat jam 12 malam hingga Khamis jam 11:59 malam. Sementara itu, kakitangan yang mengendalikan penerbangan kargo akan mengadakan demonstrasi hingga pukul 11:59 malam hari Jumaat.

    Mogok berkenaan diadakan hanya seminggu selepas syarikat penerbangan itu terpaksa membatalkan hampir semua penerbangannya pada Jumaat lalu disebabkan oleh siri tunjuk pera-saan melibatkan juruterbang yang menjejaskan 13.000 orang penumpang.

    Kesatuan juruterbang itu menuntut kenaikan gaji sebanyak 5.5 peratus menjelang akhir tahun, pampasan automatik untuk inflasi dan penyelarasan gaji. Lufthansa berkata keseluruhan pakej yang dituntut itu akan meningkatkan kos kakitangan sebanyak 40 peratus atau AS$900 juta. – AFP

    Sebuah pesawat Lufthansa berada di landasan lapangan terbang di Frankfurt, Jerman. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...