Sunday, April 2, 2023
22.4 C
Brunei

-

Juruterbang maut, jet pejuang terhempas

HANOI, 31 JAN – Seorang juruterbang terbunuh selepas sebuah jet pejuang tentera terhempas di utara Vietnam semasa sesi latihan hari ini, lapor media kerajaan.

Pesawat itu, Sukhoi SU-22 buatan Rusia milik tentera udara Tentera Rakyat Vietnam, menyertai sesi latihan sekitar tengah hari sebelum terhempas di lapangan terbang tentera di wilayah pergunungan Yen Bai, menurut Agensi Berita Vietnam.

“Juruterbang diarahkan untuk terjun keluar dari jet tetapi dia cuba menyelamatkan pesawat… dan dia meninggal dunia,” menurut satu laporan oleh Agensi Berita Vietnam, tanpa menyatakan punca nahas.

Walaupun sektor penerbangan awam Vietnam mempunyai rekod keselamatan yang kukuh, kemalangan yang melibatkan pesawat tentera lebih biasa berlaku. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hayashi bakal lawat China di tengah-tengah ketegangan

TOKYO, 31 MAC - Menteri Luar Jepun, Yoshimasa Hayashi hari ini berkata beliau akan mengadakan lawatan ke China hujung minggu ini untuk berbincang dengan...
- Advertisment -