Friday, October 11, 2024
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jus buah beri nutrisi penting pada tubuh, kulit

    Jus buah telah menjadi trend kesihatan dan kecantikan yang popular kerana kemampuannya dalam memberikan nutrisi penting bagi tubuh dan kulit.

    Buah-buahan bukan sahaja memberikan manfaat kesihatan secara keseluruhan, tetapi juga mampu memperbaiki penampilan kulit sekali gus menjadikannya kelihatan lebih berseri dan sihat.

    Beberapa jenis buah memiliki kandungan vitamin dan antioksidan yang tinggi, menjadikannya pilihan terbaik untuk dijadikan jus.

    Dengan cara minum jus secara rutin dapat membantu menjaga kesihatan tubuh sekali gus membantu dalam memberi kecantikan pada wajah.

    Berikut adalah buah-buahan yang sesuai untuk dijadikan jus, di mana ia sangat baik untuk kesihatan tubuh termasuk kecantikan kulit.

    Gambar wwwpojoksatu
    Gambar Envato

    1. LIMAU

    Buah limau diperkaya dengan vitamin C, yang berfungsi sebagai antioksidan semula jadi.

    Vitamin C membantu melawan bakteria dan mendorong pertumbuhan kolagen, protein yang menjaga ketegangan kulit.

    Jus buah limau sangat efektif dalam menjaga kulit agar ia tetap tegang dan awet muda, serta meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

    Selain itu, kandungan air dalam buah limau juga menjaga kulit supaya sentiasa terhidrasi, menjadikannya lebih lembut dan berseri. Dengan minum jus buah limau secara teratur juga dapat membantu daripada toksik dalam badan, membersihkan racun, di samping mampu memberikan tenaga yang lebih.

    2. AVOKADO

    Avokado adalah buah yang diperkaya dengan lemak sihat, vitamin E dan C. Vitamin E terkenal sebagai nutrisi yang sangat baik untuk kesihatan kulit kerana ia mampu membantu mengurangkan keradangan dan meningkatkan ketegangan kulit.

    Di sampingi itu, jus avokado juga mampu menjaga kelembapan kulit, menjadikannya lembut dan halus.

    Avokado juga mengandungi antioksidan yang melindungi kulit daripada kerosakan akibat terdedah kepada sinaran UV dan pencemaran udara.

    Selain itu, jus avokado sangat baik untuk kesihatan jantung dan membantu menurunkan kolesterol.

    3. TOMATO

    Tomato mengandungi likopen yang berfungsi sebagai antioksidan yang kuat. Likopen membantu melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinar matahari dan memperlambat proses penuaan. Selain itu, jus tomato sangat bermanfaat untuk mengatasi jerawat, kerana sifat antikeradangan yang mampu meredakan keradangan kulit.

    Jus tomato juga membantu meningkatkan pertumbuhan kolagen, menjaga kulit agar sentiasa tegang dan bebas kedutan. Dari segi kesihatan, tomato mampu membantu terhadap kesihatan jantung dan menjaga tekanan darah agar tetap stabil.

    4. EPAL

    Jus epal mengandungi banyak vitamin A dan C, yang sangat baik untuk pertumbuhan semula kulit.

    Vitamin A membantu memperbaiki kulit yang rosak, manakala vitamin C pula mampu meningkatkan pertumbuhan kolagen dan menjaga kulit agar sentiasa tegang. Jus epal juga membantu mengurangkan minyak berlebihan pada kulit wajah.

    Selain itu, epal juga baik untuk pencernaan dan membantu menjaga berat badan yang sihat.

    Serat yang terdapat dalam epal membantu melancarkan pencernaan dan mencegah sembelit.

    5. LEMON

    Lemon dikenali sebagai buah yang amat kaya dengan vitamin C di mana ia sangat bermanfaat untuk kesihatan kulit. Jus lemon mampu membantu mencerahkan kulit, mengurangkan bintik hitam dan melawan tanda-tanda penuaan.

    Kandungan asid dalam lemon juga membantu mengecilkan pori-pori dan mengawal pertumbuhan minyak berlebihan pada wajah. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda