Just Eat Takeaway wujudkan 1,500 pekerjaan di UK

LONDON, 25 OGOS – Platform penghantaran makanan, Inggeris-Belanda Just Eat Takeaway akan mewujudkan 1,500 pekerjaan di Britain, beralih dari operasi luar pesisir di Bulgaria dan India, katanya hari ini.

“Kami gembira untuk mengumumkan bahawa pasukan Just Eat UK kami mencipta lebih dari 1,500 pekerjaan perkhidmatan pelanggan baharu di Sunderland dalam 12 bulan akan datang,” kata kumpulan induk itu.

Just Eat Takeaway dibina pada tahun 2020 setelah perkhidmatan dalam talian Belanda Takeaway.com melonjak, Just Eat akan melabur lebih dari £100 juta (AS$ 137 juta) di wilayah Sunderland dalam tempoh lima tahun akan datang.

Perkhidmatan pelanggan telah dijalankan kebanyakannya dari Bulgaria dan India, tetapi kumpulan tersebut telah melihat peningkatan kepuasan pelanggan dari 300 orang yang sudah bekerja di Sunderland.

Kakitangan Just Eat yang baharu akan menggunakan corak kerja hibrid, bekerja dari rumah dan pejabat baharu.

Ibu pejabat Just Eat Takeaway yang terletak di Amsterdam tetapi senarai utamanya di London, berkembang tahun lalu dengan pembelian kumpulan AS Grubhub. – AFP