Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Justin Bieber batal siri jelajah dunia

    Bintang sensasi, Justin Bieber mengumumkan pembatalan siri jelajah dunia, Justice World Tour yang masih berbaki termasuk di beberapa negara Asia dan di sini, bagi memberi perhatian kepada masalah kesihatan.

    Bieber yang mengejutkan peminat apabila mengaku mengalami masalah ‘kelumpuhan wajah’ berpunca sindrom Ramsay Hunt, awal tahun ini, mengumumkan pembatalan siri jelajah itu melalui hantaran Instagram (IG), kira-kira sejam lalu.

    Melalui entri itu, Bieber yang baru mementaskan konsert di Brazil, memberitahu, keputusan menamatkan siri jelajah itu dibuat selepas mendapati kesannya kepada kesihatan terutama usaha memulihkan masalah ‘kelumpuhan wajah.

    “Berikutan itu, saya tidak dapat menghabiskan siri jelajah, Justice World Tour di utara benua Amerika.

    “Bagaimanapun, selepas berehat dan mendapatkan nasihat doktor, saya sambung siri jelajah itu di Eropah dan mementaskan enam konsert yang akhirnya memberi kesan kepada saya.

    Sebelum ini, penyanyi kelahiran Kanada berusia 28 tahun itu menunda beberapa persembahan selepas masalah ‘kelumpuhan wajah’ berpunca sindrom Ramsay Hunt.

    Mengikut perancangan, siri jelajah, Justice World Tour akan bersambung di Afrika Selatan, Asia Barat, Asia, Australia dan New Zealand sebelum kembali ke Eropah, antara Januari hingga Mac tahun depan.

    Peminat di Malaysia sepatutnya berpeluang menyaksikan per-sembahan Bieber di depan mata pada konsert yang akan dipentaskan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, bulan depan.

    Selepas berkongsi mengenai penyakitnya melalui IG pada 10 Jun lalu, Bieber terpaksa membatalkan persembahan di Washington DC, Toronto dan New York serta diikuti beberapa siri di Amerika Utara.

    Bieber berkata, keletihan mementaskan konsert mendorong dirinya memberi keutamaan kepada kesihatan. – Agensi

    Justin Bieber mengumumkan pembatalan siri jelajah dunia. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...