Tuesday, April 23, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Justin Bieber beri penghormatan tragedi Buffalo

    Penyanyi terkenal Hollywood, Justin Bieber meluahkan rasa simpati kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam kejadian tembakan di salah sebuah pasar raya di Buffalo, New York, Amerika Syarikat.

    Menurut laporan People, Justin memberikan penghormatan terakhir itu semasa menjayakan siri konsert jelajah di Keybank Centre, Buffalo.

    Penyanyi lagu Ghost ini turut meminta penonton yang hadir meluangkan sedikit masa berdoa dan bertafakur.

    “Seperti mana yang kita semua sedia maklum, ada kejadian buruk yang berlaku di kota ini.

    “Namun, apa yang kita lakukan pada malam ini adalah untuk memberi penghormatan buat mereka,” katanya.

    Pada Sabtu lalu, dunia dikejutkan dengan siri tembakan rambang yang mengorbankan 10 nyawa. – Agensi

    Justin Bieber bersimpati atas tragedi Buffalo yang mengorbankan 10 nyawa. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...