Friday, February 14, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Justin Bieber boleh pokai kerana isteri boros

    Selepas empat tahun berehat dari dunia muzik, penyanyi Justin Bieber dilaporkan mula mengalami masalah kewangan.

    Kewangan Justin menjadi tidak stabil berpunca daripada sikap boros isterinya iaitu Hailey Bieber yang mengawal dan berbelanja wang miliknya tanpa batasan.

    Malah Hailey didakwa turut menggunakan wang milik Justin bagi membayar kos menyewa pesawat peribadi yang dianggarkan puluhan juta dolar setiap kali ingin bercuti.

    “Hailey seorang yang boros malah pernah membelanjakan puluhan juta terbang ke seluruh dunia menggunakan jet peribadi.

    “Justin pula semakin terasing daripada rakan-rakan dan keluarganya. Hailey sudah mengawal dia sepenuhnya,” kata sumber pasangan tersebut.

    Bagi memastikan status kewangannya kembali stabil, Justin, 31, dilaporkan sudah kembali ke studio bersama penerbit terkenal Mk.gee bagi menentukan arah baharu kariernya.

    Penyanyi lagu Despacito itu sedang mengumpul lagu baharu selain merancang mengadakan konsert jelajah dunia dalam beberapa tahun akan datang.

    Sementara itu, Justin mendedahkan dia menderita sindrom Ramsay Hunt yang menyebabkan bahagian kanan wajahnya lumpuh sementara pada 2021. Susulan itu, Justin membatalkan konsert jelajah dunianya pada 2022 dan 2023. – Agensi

    Kewangan Bieber merosot akibat sikap boros Hailey. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda