Wednesday, December 4, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Justin Bieber didakwa tak bayar cukai

    Penyanyi Justin Bieber dilaporkan sedang berhadapan dengan tunggakan cukai hartanah anggaran sebanyak RM1.6 juta bagi rumahnya di Coachella Valley, Amerika Syarikat.

    Dikatakan sebahagian tunggakan tersebut perlu diselesaikan pada 12 Oktober manakala bakinya pula adalah sebelum 10 April tahun depan.

    Pelbagai spekulasi timbul dan terkini terdapat sumber memberitahu bahawa tunggakan tersebut berlaku disebabkan Justin, 30, tidak pandai menguruskan kewangan.

    Justin Bieber dilapor berhadapan tunggakan cukai hartanah sebanyak RM1.6 juta. – mStar

    Penyanyi lagu Baby itu dikatakan sangat boros dan langsung tidak pandai berjimat.

    “Dia membelanjakan jumlah wang yang sangat besar setiap bulan seperti jet peribadi, rumah dan juga memberikan derma kepada gereja,” kata sumber.

    Tidak mengaku akan kesalahan sendiri, Justin juga didakwa sedang mempertimbangkan untuk menyaman bekas pengurusnya kerana pecah amanah.

    Untuk info, kediaman mewah di Coachella tersebut berjumlah RM72.6 juta. – Agensi

    Rumah Justin Bieber di Coachella Valley, Amerika Syarikat. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda