Thursday, April 18, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Justin Bieber jual hak muzik AS$200 juta

    Justin Bieber telah menjual saham katalog penerbitan dan rakaman muziknya kepada Hipgnosis Songs Capital yang disokong Blackstone dengan harga AS$200 juta, menandakan perjanjian hak blockbuster terbaharu industri itu.

    Hipgnosis tidak men-dedahkan secara terbuka mengenai syarat perjanjian itu, tetapi sumber yang rapat dengan perkara tersebut memberitahu AFP ia bernilai sekitar AS$200 juta.

    Bintang besar termasuk Justin Timberlake dan Shakira telah menjual kepentingan besar dalam kerja mereka yang mana kedua-duanya juga mencapai kesepakatan dengan Hipgnosis tetapi langkah itu kebanyakannya dilihat dalam kalangan artis legasi seperti Bob Dylan dan Bruce Springsteen.

    Jumlah yang paling besar adalah katalog Springsteen yang diserahkan kepada Sony dengan harga setengah bilion dolar, dianggap sebagai pertaruhan yang selamat untuk artis yang lebih tua untuk menguruskan kewangan mereka dan pelabur yang boleh mengharapkan pulangan yang konsisten daripada gabungan muzik lama dan daya maju penstriman.

    Bagi artis yang lebih muda dilihat sebagai langkah yang lebih berisiko, tetapi Bieber adalah antara artis terlaris dan kini Hipgnosis mempunyai bahagiannya dalam beberapa lagu popular abad ke-21 termasuk Baby dan Sorry.

    Hipgnosis Songs Capital ialah usaha AS$1 bilion antara gergasi kewangan Blackstone dan Pengurusan Lagu Hipgnosis British.

    Hipgnosis berkata mereka memperoleh kepentingan Bieber dalam hak cipta penerbitannya untuk 290 lagunya, semua muzik yang dikeluarkannya sebelum 31 Disember 2021.

    Syarikat naungan lama Bieber, Universal akan terus mentadbir lagu-lagu itu, kata sumber lain yang rapat dengan perjanjian itu, dan masih memiliki rakaman induk artis itu.

    Hipgnosis hanya menjaga kepentingan artis dalam hak royalti yang mana pemiliknya menerima bayaran setiap kali lagu dimainkan secara dalam talian. – Agensi

    Justin Bieber telah dilaporkan menjual hak saham lagu-lagunya kepada Hipgnosis sebanyak AS$200 juta. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...