Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Justin Bieber sambung siri jelajah dunia

    Ada khabar gembira buat peminat Justin Bieber, apabila siri jelajah dunia, Justice yang terhenti selepas bintang sensasi itu mengalami masalah ‘kelumpuhan wajah’ berpunca sindrom Ramsay Hunt, bakal disambung mulai 31 Julai ini.

    Perkara itu disahkan wakil penyanyi tersohor itu di mana Bieber dilaporkan bakal menyambung siri jelajah dunianya itu pada Festival Musim Panas di Itali, disusuli lima persembahan di Eropah, bulan depan.

    Menyusul September, Bieber dijangka ‘terbang’ ke Amerika Selatan, lapor agensi.

    Berdasarkan jadual yang ditetapkan, siri jelajah dunia, Justice akan bersambung di Afrika Selatan, Asia Barat, Asia, Australia dan New Zealand sebelum kembali ke Eropah, antara Januari hingga Mac tahun depan.

    Ini bermakna, peminat di Malaysia dijangka berpeluang menyaksikan persembahan Bieber di depan mata pada konsert yang dijangka dipentaskan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Oktober ini.

    Bieber dilaporkan bakal menyambung siri jelajah dunianya itu pada Festival Musim Panas di Itali, disusuli lima persembahan di Eropah, bulan depan. – Agensi

    Sementara itu, masih belum ada tarikh baharu untuk persembahan Bieber di Amerika Utara selepas penyanyi itu membatalkan konsertnya di lokasi terbabit.

    Namun, seperti dilaporkan agensi, besar kemungkinan siri jelajah di Amerika Utara akan diadakan pada musim bunga tahun depan.

    Selepas berkongsi mengenai penyakitnya melalui Instagram (IG) pada 10 Jun lalu, Bieber terpaksa membatalkan persembahan di Washington DC, Toronto dan New York serta diikuti beberapa siri di Amerika Utara.

    Melalui perkongsian video itu, Bieber memberitahu: “Jelas sekali, seperti yang awda boleh lihat pada wajah saya. Mata tidak berkelip dan tersenyum dari sisi wajah. Lubang hidung juga tidak bergerak, jadi terdapat kelumpuhan penuh pada wajah saya.

    “Saya mempunyai sindrom Ramsay Hunt, ia berpunca daripada virus yang menyerang saraf di telinga dan muka.

    “Saya tidak mampu melakukannya. Kepada peminat yang kecewa dengan pembatalan konsert berlangsung dalam masa terdekat, saya harap dapat memahami keadaan saya,” katanya menerusi video berdurasi dua minit setengah itu.

    Baru-baru ini, penyebaran beberapa keping foto dirakam paparazi yang memaparkan Bieber sedang bercuti dengan isterinya, Hailey Baldwin, 25, di Coeur d’Alene, Idaho, Amerika Syarikat (AS), menunjukkan penyanyi sensasi itu yang sebelum ini lumpuh separuh wajah akibat sindrom Ramsay Hunt, makin pulih. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...