Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Justin Bieber semakin pulih

    Penyanyi popular antarabangsa, Justin Bieber yang sebelum ini di-sahkan menghidap penyakit sindrom Ramsay Hunt iaitu lumpuh sebelah wajah kini dilaporkan berada dalam keadaan baik.

    Bieber yang kini sedang dalam tempoh berehat dikatakan seronok menikmati masa tersebut bersama isteri, Hailey Bieber.

    Kedua-duanya kelihatan seronok bercuti di atas sebuah bot di kawasan hutan simpan Coeur d’Alene, Idoho, Amerika Syarikat.

    Menurut sumber, Bieber berusaha menyempurnakan sesi rawatan terapi sebelum benar-benar pulih bagi meneruskan konsert jelajahnya.

    “Isterinya banyak membantu untuk bagi memastikan Bieber kekal sihat seperti biasa,” ujar sumber.

    Pasangan selebriti itu mendirikan rumah tangga pada 2018 dalam sebuah majlis tertutup di New York, Amerika Syarikat. – Agensi

    Kesihatan Bieber kini dilaporkan semakin baik. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...