Justin Bieber, 26, dan isterinya Hailey Baldwin, 23, berkunjung dari Amerika ke rumah mereka di kampung halaman Justin di Kanada tatkala dunia bergelut melawan pandemik koronavirus atas beberapa sebab-sebab penting.
Pasangan bahagia itu merancang tinggal dalam kuarantin seperti kebanyakan orang di Amerika namun rasa Kanada adalah tempat yang lebih selamat dan lebih selesa disebabkan Justin menghidapi penyakit Lyme, yang mungkin menyebabkannya mudah terdedah kepada komplikasi koronavirus.
“Mereka memandang serius keadaan ini dan melakukan seberapa daya untuk menjaga kesihatan mereka. Selepas apa yang diharungi oleh mereka dengan penyakit Lyme Justin, adalah penting bagi mereka untuk mengambil langkah-langkah berjaga,” beritahu satu sumber kepada HollywoodLife.
“Tempat mereka di Kanada adalah paling baik disebabkan ia terpencil dan mereka berada di kawasan kediaman yang besar, maka mereka boleh menghabiskan masa yang banyak di luar.”
Justin dan isterinya membuat keputusan untuk tinggal di Kanada sejurus selepas Presiden Donald Trump dan Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau mengumumkan mereka akan menutup sempadan AS-Kanada untuk sementara waktu kepada semua perjalanan tidak penting untuk berusaha menghalang penularan virus yang amat mudah berjangkit itu pada 18 Mac.

“Mereka berlepas ke sana dengan kapal terbang persendirian sebaik sahaja mereka mendapat tahu sempadan akan ditutup,” jelas sumber itu.
“Walaupun Justin mempunyai dua buah rumah, hatinya sentiasa berada di Kanada dan dalam masa yang tertekan ini, beliau rasa adalah lebih baik untuk tinggal di sana.”
“Hailey dan Justin meluangkan seberapa banyak masa bersama semasa kuarantin di rumah mereka di Kanada,” beritahu sumber kedua kepada kami.
“Apabila mereka memutuskan di mana mereka mahu pergi, ia merupakan pilihan yang jelas untuk balik ke kampung halaman Justin disebabkan ia adalah tempat di mana beliau rasa selamat dan paling bahagia.
“Dan sudah pastinya Hailey juga berasa gembira untuk berkunjung ke sana kerana beliau tahu Justin sukakannya dan ia benar-benar aman di sana, jadi keadaan memaksa mereka bercuti buat sementara waktu daripada jadual mereka yang sibuk.
“Mereka rasa seronok meluangkan masa bersama sementara menumpu pada kehidupan sihat dan melakukan tanggungjawab mereka untuk mengurangkan risiko penularan.” – Agensi