Tuesday, March 21, 2023
21.6 C
Brunei

-

Justin Rose rangkul juara di Pebble Beach

PEBBLE BEACH, CALIFORNIA, 7 FEB – Justin Rose mempunyai matlamat berbeza pada awal tahun ini apabila dia menamatkan minggu yang panjang di AT&T Pebble Beach Pro-Am dengan tiga birdie dan empat par sekali gus memberikannya kejuaraan dengan hanya tiga pukulan, kemenangan pertamanya setelah tempoh empat tahun.

Dia menerima trofi kristalnya yang ke-11 dalam Jelajah PGA, ke-23 di peringkat dunia dan hadiah $1.62 juta.

Kejohanan yang diganggu oleh cuaca buruk itu memaksa pemain menangguhkan pertandingan sekali gus memberi peluang kepada Rose dengan mendahului dua pukulan pada Ahad dengan eagle-birdie-par berturut-turut di sepanjang padang pinggir lautan itu.

Dia kemudian membuat pukulan yang mengalahkan sedozen pemain yang menyertai kejohanan tersebut dengan mendahului tiga pukulan.

Selepas par dua pukulan pada lubang ke-10 untuk meneruskan pusingannya, Rose melakukan birdie 25 kaki pada lubang ke-11, pukulan birdie 20 kaki pada minit ke-13 dan kemudian pada par-5 14 hingga lapan kaki untuk birdie ketiga.

Rose menamatkan saingan dengan tiga pukulan di hadapan Brendon Todd (65) dan Brandon Wu (66).

Pemain berusia 42 tahun dari England itu tidak pernah menang sejak Torrey Pines pada 2019. Dia menduduki tangga 76 tahun lepas, mata terendah diperolehinya sejak awal 2010.

Cuaca memainkan peranan yang besar sepanjang minggu, dan tiada siapa yang mendapat manfaat seperti Rose. – AP

Justin Rose bergambar dengan trofi selepas memenangi kejohanan golf AT&T Pebble Beach Pro-Am di Pebble Beach, California. – AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Paras oksigen kurang punca jutaan ikan mati

CANBERRA, AUSTRALIA, 19 MAC – Berjuta-juta ikan telah mati dihanyutkan di tenggara Australia dalam kematian yang menurut pihak berkuasa dan saintis berpunca daripada paras...
- Advertisment -