Saturday, January 25, 2025
26.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Justin Theroux masih sayang Jennifer Aniston

    Pelakon Justin Theroux mendedahkan dia dan bekas isterinya yang juga aktres, Jennifer Aniston masih sayang antara satu sama lain biarpun sudah tiga tahun bercerai.

    Memetik laporan Hollywoodlife, Justin berkata biarpun dia dan Jennifer tidak berborak setiap hari namun mereka tetap akan berhubung melalui mesej atau panggilan video.

    “Boleh katakan, kami masih mengekalkan hubungan sebagai kawan. Kami tidak bercakap setiap hari tapi akan hubungi atau membuat panggilan video.

    “Kami tiada drama perpisahan dan masih sayang satu sama lain.

    “Jujur saya katakan yang saya gembira dengan persahabatan ini. Ia satu kerugian sekiranya kami putus hubungan,” kata Justin Theroux.

    Justin mendirikan rumah tangga dengan Jennifer pada 2015 namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama dua tahun sahaja. – Agensi

    Justin berkata biarpun dia dan Jennifer tidak berborak setiap hari namun mereka tetap akan berhubung melalui mesej atau panggilan video. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda