Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Jutaan berdepan kehidupan susah

    GENEVA, 11 NOV – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengingatkan jutaan orang yang kehilangan tempat tinggal akibat konflik dan penindasan di Ukraine, Afghanistan dan Timur Tengah berdepan kehidupan penuh kesusahan menjelangnya musim sejuk.

    Agensi pelarian PBB, UNHCR, berkata timbulnya keperluan terdesak untuk mendapatkan lebih banyak dana untuk membantu pelarian pada masa musim sejuk hemisfera utara akan datang yang dijangka ‘jauh lebih mencabar berbanding tahun-tahun sebelumnya.’

    “Ramai keluarga yang tidak mempunyai tempat tinggal tidak mempunyai pilihan kecuali memilih di antara makanan dan tempat panas ketika mereka bergelut memanaskan khemah, mencari pakaian panas dan memasak makanan panas,” beritahu jurucakap Olga Sarrado kepada wartawan di Geneva.

    Beliau merujuk kepada situasi jutaan orang yang kehilangan tempat tinggal akibat serangan Rusia ke atas Ukraine.

    Agensi PBB juga mengingatkan kira-kira 3.4 juta penduduk Syria dan Iraq yang tiada tempat tinggal memerlukan ‘bantuan kritikal untuk mengharungi musim sejuk ini.’ – AFP

    Seorang kanak-kanak melihat dari pagar ketika penduduk Ukraine tiba dari bandar Berdyansk di pusat bantuan kemanusiaan di tengah bandar Zaporizhzhia. – AFP
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...