Jutaan dalam lockdown tunggu vaksin

HONG KONG, 15 JULAI – Jutaan orang di seluruh dunia yang berdepan dengan lockdown hari ini ketika jangkitan dicatatkan meningkat mengharapkan vaksin segera dikeluarkan tatkala sebuah firma Amerika mengatakan mereka kini sedang melakukan percubaan peringkat akhir untuk vaksin dapat digunakan bagi melawan virus berkenaan.

Negara-negara di seluruh dunia mengenakan kembali lockdown bagi mengekang jangkitan tersebut selepas kes jangkitan di seluruh dunia melonjak 13.2 juta dengan lebih dari 576,000 kematian.

Terdapat juga kekhuawatiran di Jepun, di mana gabenor Tokyo memberi amaran bahawa ibu kota itu berada pada tahap waspada koronavirus tertinggi selepas lonjakan jangkitan baharu dicatatkan. – AFP