Friday, April 26, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Jutaan diarah bekerja dari rumah

    BEIJING, 5 MEI – Jalan-jalan daerah perniagaan Beijing telah lenggang hari ini ketika kerajaan menggesa penduduknya untuk kembali bekerja di rumah, dengan puluhan stesen kereta api bawah tanah ditutup selepas cuti awam sunyi sepi disebabkan kekangan koronavirus.

    Pihak berkuasa tidak berganjak dengan dasar sifar COVID dengan melaksanakan sekatan pergerakan dan ujian besar-besaran ketika mereka bergelut dengan penularan terbesar sejak awal pandemik, dengan keseluruhan kejiranan di bandar itu ditutup berhubung beberapa kes jangkitan.

    Beijing melaporkan 50 kes tempatan hari ini, sehari selepas ia mengatakan penduduk di Chaoyang, daerah paling ramai penduduknya, untuk bekerja dari rumah.

    Ia termasuk 3.5 juta penduduk di daerah itu yang perlu untuk ke pejabat telah digalakkan untuk memandu sendiri dan mengelak perhimpunan.

    Kira-kira sebuah daerah di Beijing juga menggalakkan penduduknya untuk bekerja dari rumah, sementara puluhan stesen bawah tanah di bandar masih ditutup. Restoran pula hanya menawarkan khidmat makanan bawa pulang. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...