Jutaan lagi mungkin dijangkiti tanpa simptom

NEW DELHI, 20 OGOS – Lebih suku daripada 20 juta penduduk New Delhi mungkin dijangkiti koronavirus tanpa simptom, menurut kajian yang disiarkan hari ini, menandakan kemunculan keraguan baharu tentang jumlah kes rasmi India.

Ekstrapolasi iaitu kajian antibodi ke atas 15,000 penduduk bermaksud 5.8 juta orang di bandar sibuk itu mungkin telah dijangkiti virus – lebih 37 kali daripada jumlah rasmi 156,139 jangkitan.

India sudah pun menjadi negara ketiga paling teruk dilanda selepas AS dan Brazil dan Kementerian Kesihatan melaporkan rekod jumlah harian melonjak 69,652 jangkitan baharu kelmarin – membawa jumlah keseluruhan kepada 2.84 juta.

Hari ini, Menteri Kesihatan Delhi, Satyendra Jain berkata ujian darah ke atas 15,000 penduduk yang dijalankan bulan ini mendapati 29.1 peratus daripadanya mempunyai antibodi virus.

Bagaimanapun, saintis berkata ujian antibodi seharusnya dirawat secara berhati-hati kerana mereka juga mudah dijangkiti koronavirus lain, bukan saja COVID-19.

Kajian serupa pada Jun hingga Julai mengatakan 23 peratus penduduk yang diuji telah terdedah kepada virus di bandar itu.

Kajian di bandar-bandar India lain juga mengatakan lebih banyak jangkitan daripada bilangan rasmi.

Di bandar barat Pune, 51.5 peratus daripada responden-responden di lima kawasan terjejas teruk memiliki antibodi dalam darah mereka, menurut kajian baru-baru ini.

Lewat Julai menemukan 57 peratus mereka yang diuji di kawasan sesak Mumbai telah dijangkiti – lebih banyak daripada data rasmi. – AFP

Kakitangan kesihatan memeriksa penduduk setempat bagi simptom COVID-19 dan malaria di sebuah sekolah di Dharavi, Mumbai, India pada 19 Ogos. – AP