Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Jutaan nyawa di Ukraine terancam musim sejuk ini

    KYIV, 22 NOV – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam memberi amaran musim sejuk yang melanda Ukraine akan mengancam jutaan nyawa, ketika negara itu sedang bergelut menentang serangan Rusia.

    Ini berikutan Moscow menyasarkan infrastruktur tenaga dan melancarkan peluru berpandu yang mengakibatkan semua kediaman negara itu terputus bekalan elektrik, ketika suhu semakin sejuk menghampiri paras beku.

    Kemusnahan itu mempunyai ‘kesan sangat teruk’ pada sistem kesihatan Ukraine, beritahu Pengarah Wilayah WHO untuk Eropah, Hans Kluge, kepada media.

    “Musim sejuk ini adalah mengenai kelangsungan hidup,” katanya sambil memberi amaran ia akan ‘mengancam nyawa berjuta-juta orang’ di Ukraine.

    “Sehingga tiga juta rakyat Ukraine mungkin terpaksa meninggalkan rumah mereka untuk mencari sumber haba dan mendapatkan perlindungan keselamatan.”– AFP

    Seorang penduduk tempatan membawa kereta sorong dipenuhi kayu api di sebuah kampung di rantau Donetsk, Ukraine. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...