Jutaan penduduk dipindah bakal hadapi Amphan

KOLKATA, 19 MEI – Berjuta-juta penduduk dipindah ke tempat selamat apabila salah satu siklon paling kuat bergerak menuju India dan Bangladesh hari ini, tetapi pelan pemindahan dirumitkan oleh langkah pencegahan koronavirus.

‘Amphan’ dijangka membawa angin dengan kelajuan 185 kilometer sejam apabila ia melanda timur India dan Bangladesh pada petang Rabu, dan ombak setinggi beberapa meter, kata peramal cuaca.

Menteri pengurusan krisis junior Enamur Rahman berkata hari ini mereka telah pun memindahkan beberapa ribu penduduk dari kawasan tanah rendah.

“Kami akan memindah sehingga 2.2 juta dan cuba mengekalkan bencana pada sifar,” beritahu Rahman kepada AFP.

Untuk memastikan penjarakan sosial semasa pandemik koronavirus, jumlah tempat perlindungan siklon telah ditambah dua kali ganda dengan menggunakan sekolah, dan penutup mulut dan hidung diwajibkan, kata Rahman. – AFP