Thursday, May 1, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jutaan penduduk tanpa bekalan elektrik

    MIAMI, 12 Sept – Jutaan penduduk Florida mengalami ketiadaan bekalan elektrik hari ini ketika sisa-sisa Taufan Irma berpusar-pusar di barat laut menuju ke tenggara Amerika Syarikat (AS) membanjiri rantau itu dan mengakibatkan sungai melimpah tebingnya.

    Kebanyakan negeri di Sunshine State kelihatannya terselamat daripada ramalan kemusnahan bencana itu meskipun amaran teruk sebelumnya.

    Namun jumlah korban jiwa keseluruhan akibat taufan itu meningkat kira-kira 40 orang selepas Cuba melaporkan 10 orang maut pada hujung minggu.

    Irma membadai ke daratan sebagai taufan kuat Kategori 4 apabila ia melanda jauh ke selatan Florida Keys pada Ahad, memusnahkan bot-bot, mencabut pokok palma bersama akarnya dan menumbangkan bekalan tenaga elektrik, selepas memusnahkan beberapa pulau-pulau Caribbean.

    Ketika ia melanda tanah besar AS, ribut itu sudah pun berkurang dan lewat semalam ia bertukar menjadi ribut tropika.

    Sebuah kawasan kejiranan dibanjiri setelah dibadai Taufan Irma pada 12 September di Bonita Springs, Florida. – AFP

    Di seluruh Caribbean, penduduk di pulau yang dilanda teruk bergelut untuk bangkit semula ketika Britain, Perancis, Belanda dan AS meningkatkan usaha bantuan.

    Presiden Perancis, Emmanuel Macron berkunjung ke rantau itu hari ini bagi meninjau wilayah-wilayah Perancis yang teruk terjejas, menyusuli raja Belanda yang tiba di wilayah Caribbean pada Ahad.

    Di Florida, kemusnahan dalam kebanyakan kes tidak begitu teruk seperti yang dikhuatiri.

    “Jika ia menjadi taufan Kategori 4 keseluruhan senario mungkin berbeza sama sekali,” kata Bob Lutz, seorang ahli perniagaan berusia 62 tahun.

    Kira-kira 15 juta orang di Florida tanpa bekalan elektrik, bagaimanapun Gabenor Rick Scott berkata rangkaian pulau itu dikenali sebagai Keys mengalami kemusnahan teruk. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda