Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Jutawan AS tawar beli Chelsea

    LONDON, 9 MAC – Konsortium pimpinan ahli perniagaan Amerika Syarikat (AS) Todd Boehly dan jutawan Swiss Hansjorg Wyss telah membuat tawaran untuk membeli Chelsea daripada Roman Abramovich, menurut laporan media Britain semalam.

    Boehly, yang merupakan sebahagian daripada pemilik Liga Besbol Los Angeles Dodgers, sebelum ini cuba membeli Blues dalam perjanjian bernilai AS$2.88 bilion dua tahun lalu.

    The Daily Telegraph melaporkan bidaan terbaharunya telah dihantar menerusi bank di New York Raine.

    Jurucakap Abramovich enggan memberi komen kepada AFP di London.

    Pemilik Chelsea itu membuat kejutan dalam bola sepak Eropah minggu lalu apabila menyatakan mahu menjual kelab itu selepas 19 tahun berikutan negaranya, Rusia menceroboh Ukraine.

    Akhbar Financial Times berkata Josh Harris, seorang lagi jutawan AS, juga menimbang membuat bidaan untuk Chelsea, memetik individu yang rapat dengan perkara itu.

    Harris, bekas eksekutif kanan di syarikat pelaburan Apollo Global Management, telah pun menjadi pemilik pasukan bola keranjang Philadelphia 76ers.

    Dia juga memiliki saham dalam Crystal Palace, sebuah kelab London yang beraksi dalam Liga Perdana, sesuatu yang mungkin perlu dijualnya jika dia terbabit dalam pembelian Chelsea.

    Selain itu, jutawan Turki Muhsin Bayrak juga menyatakan minat untuk membeli Chelsea. – AFP

    Gambar fail menunjukkan Todd Boehly, pengerusi dan CEO Eldridge, bercakap semasa persidangan Institut Global Milken di Beverly Hills, California. Konsortium pimpinan Boehly dan Hansjorg Wyss telah menawar untuk membeli Chelsea daripada Abramovich. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...