Thursday, January 23, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jutawan bitcoin derma AS$1.2j bantu Parti Hijau

    BERLIN, 25 APRIL – Seorang pengasas perisian Jerman yang mengaut keuntungan daripada bitcoin telah memberikan Parti Hijau salah satu sumbangan politik terbesar dalam sejarah negara yang diharapkannya akan memenangi pilihan raya negara tahun ini – dan menimbang mengharamkan mata wang digital.

    Sumbangan Moritz Schmidt sebanyak AS$1.2 juta kepada Parti Hijau menjadi tajuk berita utama bulan ini, memandangkan parti pada lazimnya hanya menerima sejumlah kecil wang.

    Hadiah yang begitu besar jarang dilihat dalam politik Jerman. Parti dalam negara menerima paling banyak pembiayaan daripada derma anggota dan bantuan kerajaan yang dikaitkan dengan keputusan pilihan raya.

    “Saya telah menerima faedah besar daripada gelembung bitcoin. Hasil pendapatan yang diperoleh merupakan satu kekayaan besar,” beritahu Schmidt kepada The Associated Press dalam temu bual menerusi e-mel minggu ini.

    “Saya telah menunggu untuk peluang yang sesuai bagi menyumbang jumlah lebih besar.”

    Schmidt, yang memperoleh AS$2.4 juta dengan menjual bitcoin secara beransur-ansur dalam masa beberapa tahun ini, berkata beliau mendapat tahu pada 2017 bahawa mata wang kripto menggunakan sejumlah besar tenaga elektrik.

    Parti Green menyokong dasar alam sekitar untuk mengawal pelepasan gas rumah hijau dan memerangi ancaman perubahan iklim.

    Schmidt, yang was-was mengenai prospek Green untuk memenangi pilihan raya meskipun menerima pemeringkatan yang tinggi, berkata beliau memutuskan untuk membantu membiayai kempen mereka dan bukannya menyumbang kepada projek alam sekitar disebabkan ‘memberikan sumbangan kepada parti politik yang mempunyai dasar alam sekitar sebagai nilai terasnya akan memberikan impak yang lebih besar.” – AP

    Gambar fail menunjukkan ketua Parti Hijau Annalena Baerbock (kiri) bakal memimpin partinya dalam pilihan raya persekutuan sebagai calon canselor di Berlin, Jerman. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda