Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Jutawan Swiss terima tawaran beli Chelsea

    GENEVA, 2 MAC – Hansjorg Wyss, salah seorang lelaki terkaya Switzerland, berkata hari ini dia telah ditawarkan peluang untuk membeli Chelsea, dengan pemilik Rusia juara bola sepak Eropah, Roman Abramovich semakin diawasi.

    Wyss, 86, yang menubuhkan firma pengeluaran peranti perubatan Synthes, memberitahu akhbar Swiss Blick bahawa dia dan tiga orang lain telah dipilih semalam.

    Namun Wyss mahu Abramovich mengurangkan harga tawarannya untuk pasukan Liga Perdana Inggeris itu. Abramovich mendedahkan pada Sabtu bahawa dia merancang meletakkan pemilikannya terhadap pasukan Blues dalam ‘pengelolaan dan jagaan’ badan amanah Yayasan Chelsea.

    Abramovich belum dinamakan dalam senarai sekatan Britain yang menyasarkan bank Rusia, perniagaan dan jutawan pro-Kremlin ekoran serangan Moscow ke atas Ukraine.

    “Abramovich adalah antara penasihat dan kawan paling rapat Putin,” beritahu Wyss kepada Blick.

    “Seperti semua oligarki lain, dia sudah panik. Abramovih kini berusaha menjual kesemua vila miliknya di England. Dia juga ingin menghapuskan Chelsea dengan segera. Selain tiga orang lain, saya menerima tawaran semalam untuk membeli Chelsea daripada Abramovich.

    “Saya terpaksa menunggu empat atau lima hari. Abramovich meminta harga terlalu tinggi.

    Chelsea berhutangnya AS$2.7 bilion. Namun Chelsea tidak mempunyai wang. Ini bermakna mereka yang membeli Chelsea mesti membayar ganti rugi kepada Abramovich. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...