MILAN, 6 Jan – Pemain pertahanan Juventus Daniele Rugani menegaskan pasukan juara itu ‘bersemangat sepenuhnya’ bagi mengharungi 2017 dan bersedia untuk melupakan kekalahan Piala Super Itali dengan kemenangan di laman sendiri menentang Bologna Ahad ini.
Biarpun mendahului empat dan tujuh mata di depan pencabar terdekat, Roma dan Napoli, tahun 2016 menamatkan kekecewaan pasukan gergasi Turin.
Juventus tewas Piala Super selepas penjaga gol AC Milan, Gianluigi Donnarumma menjadi wira pada final di Doha menerusi sepakan penalti sebelum perayaan Krismas.
Tetapi dengan beberapa halangan, pasukan Massimiliano Allegri masih lagi menjadi pasukan yang perlu ditewaskan musim ini.
Dan Rugani, yang mendapatkan pengalaman tambahan bersama pasukan kelompok teratas sejak akhir-akhir ini kerana kecederaan di bahagian pertahanan berkata, juara itu berazam untuk memulakan 2017 dengan gaya positif.
“Kami selalu bangkit selepas kekalahan dan saya berharap selepas kekalahan kami kepada Milan dalam persaingan Piala Super, yang banyak mengecewakan, kami akan kembali bersaing dengan semangat penuh,” kata Rugani.
“Adalah sukar menentang Bologna Ahad ini. Pada separuh masa kedua musim lalu, Bologna mampu seri bersama kami dan melakar kemenangan berturut-turut.
“Kami mahu bermula dengan baik, tetapi musim masih lagi panjang.
“Kami masih memiliki dua perlawanan dari separuh masa pertama musim ini begitu juga dengan keseluruhan separuh masa kedua.” – AFP