Saturday, March 25, 2023
22.9 C
Brunei

-

Juve hilang taring tanpa Ronaldo

MILAN, 29 OGOS – Juventus dikejutkan oleh pasukan yang baharu dipromosikan, Empoli, dalam perlawanan pertama mereka selepas era pasca Ronaldo, tewas 1-0 di laman sendiri dalam saingan Serie A, sekali gus membuatkan pasukan Old Lady hilang taring, sementara Ciro Immobile meraikan gol hatrik buat Lazio selepas membelasah Spezia 6-1.

Gergasi Turin itu dilihat penuh yakin ketika bertemu lawan mereka namun jaringan sulung Leonardo Mancuso di liga utama Itali semasa pertengahan perlawanan separuh masa pertama sudah cukup untuk memalukan Juve dengan kekalahan yang membuatkan penyokong mereka berang di Stadium Allianz.

Penyokong mereka gusar mengenai peluang pasukan untuk merampas kembali kejuaraan dari tangan musuh ketat, Inter Milan selepas persembahan kelmarin dan minggu lalu terikat seri 2-2 dengan Udinese.

Jurulatih Juve, Massimiliano Allegri berkata ‘perjalanan mesti diteruskan’ apabila dia mendedahkan pada Jumaat bahawa penyerang bintang, Ronaldo, yang kini kembali bersama Manchester United, memberitahu bahawa dia ingin berpindah dari kelab tersebut.

Dan selepas kekalahan tersebut dia cuba tidak menghebohkan pemergian pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali, yang mungkin menyelamatkan kedudukan Juve semasa di Udinese sekiranya keputusan tidak ofsaid.

“Cristiano berada di Juventus selama tiga tahu, saya hanya bersamanya sekali. Dia menjaringkan gol, dia melakukan apa yang dia mampu lakukan, dia adalah seorang pemain yang hebat tetapi pada masa ini kami tidak dapat bercerita mengenai Cristiano Ronaldo lagi,” Allegri berkata kepada DAZN.

Juve yang kehilangan sentuhan penyudah di hadapan pintu go merupakan permulaan terburuk tanpa penyerang berusia 36 tahun itu, yang musim lalu merupakan penjaring terbanyak Serie A dan meledak lebih 100 gol dalam tiga musim di Itali. – AFP

Aksi pemain baharu Juventus, Manuel Locatelli menghantar bola semasa pertemuan menentang Empoli di Stadium Allianz, kelmarin. – AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun tingkat kerjasama

TOKYO, 23 MAC - Jepun dan Korea Selatan hampir serentak menarik tuntutan eksport mereka terhadap satu sama lain sebagai tanda terbaharu hubungan yang bertambah...
- Advertisment -