Juve, Inter kembali tumpu Piala Itali

MILAN, 3 MAC – Juventus dan Inter Milan akan kembali beraksi perlawanan pusingan kedua separuh akhir Piala Itali, selepas beberapa perlawanan Serie A yang ditangguhkan disebabkan oleh penularan COVID-19.

Kedua-dua pasukan terpaksa ditangguhkan perlawanan mereka untuk meneruskan mengejar gelaran liga setelah Lazio berjaya memintas disebabkan bandar Roma kekal selamat dari penularan wabak COVID-19, yang menyebabkan kekacauan di utara negara itu dan telah membunuh 52 orang.

Inter yang akan bertandang ke Napoli pada hari Khamis berharap untuk membatalkan defisit 1-0 setelah perlawanan pusingan pertama di San Siro, mereka belum dapat bermain di Itali sejak ditewaskan di Lazio pada 16 Februari lalu kerana virus itu berpusat di wilayah Lombardy dan Veneto.

Perlawanan mereka di halaman sendiri menentang Sampdoria dan perlawanan hujung minggu ini bertemu Juve kedua-dua perlawanan ditunda, menimbulkan reaksi dari CEO kelab Beppe Marotta, yang mahu perlawanan diteruskan dengan pintu tertutup.

Dua perlawanan Liga Europa pusingan 32 terakhir menentang Ludogorets adalah perlawanan untuk Inter membuat persediaan pada masa itu dan jadual mereka yang terganggu serta telah meninggalkan bekas pemimpin liga itu di tempat ketiga di belakang Lazio dan saingan mereka Juve. – AP