Friday, December 6, 2024
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Juve jadi destinasi Costa

    ROM, 13 Julai – Kelab gergasi dan juara Itali, Juventus telah menandatangani pemain sayap antarabangsa Brazil, Douglas Costa menerusi satu pinjaman selama satu musim dari Bayern Munich dengan pilihan untuk membuat perpindahan kekal, menurut kenyataan dari gergasi Turin itu kelmarin.

    Juve boleh membeli Costa dengan nilai 40 juta euro (AS$45.7 juta) jika mereka memilih untuk mengambil pilihan itu sebelum Julai 2018 dan akan membuat bayaran awal sejumlah enam juta euro kepada Bayern sebagai sebahagian daripada perjanjian pinjaman itu.

    Pemergian Costa hadir selepas Bayern melengkapkan satu perjanjian bagi mendapatkan pemain perancang Colombia, James Rodriguez dari Real Madrid dengan pinjaman selama dua tahun.

    Douglas Costa ketika tiba di Turin bagi menjalani pemeriksaan kesihatan untuk menyertai Juventus. – AP
    Douglas Costa ketika tiba di Turin bagi menjalani pemeriksaan kesihatan untuk menyertai Juventus. – AP

    Costa telah menjaringkan 14 gol dan 27 umpanan gol dalam 77 kemunculan untuk Bayern, memenangi Bundesliga sebanyak dua kali selepas berpindah ke Jerman dari Shakhtar Donetsk pada tahun 2015.

    “Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Costa atas persembahannya. Selepas dua tahun yang berjaya dan empat kejuaraan, ia adalah permintaan besarnya untuk mendapatkan cabaran baru,” kata pengerusi Bayern, Karl-Heinz Rummenigge.

    “Kami meluluskan permohonannya, dan kami ucapkan yang terbaik dan semoga berjaya kepadanya serta keluarganya di Itali nanti.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda